Skip to main content

Posts

Showing posts from August 13, 2020

Vegetarian Asam Pedas (Asam Pedas Sayur)

Masakan sayur-sayuran. Sayur sahaja. Betul tu. Sayur sahaja, dan takda, atau tanpa daging, tanpa ternakan, tanpa buruan dan tanpa ikan. Itulah resep kita hari ini. Boleh dikatakan sebagai, satu hidangan dengan sayur-sayuran and resepnya adalah Vegetarian Asam Pedas, atau Asam Pedas Sayur. Masakan sayur-sayuran, atau disebut sebagai vegetarian dishes, memang sudah ujuk berzaman-zaman dahulu dan sekarang, nampaknya, terdapat golongan yang memilih atau lebih gemar makan sayur sayur sahaja. Bukan setakat kaum India, tetapi kuam Cina, juga orang dinegara Barat dan kaum Melayu pun saya dengar berminat or memilih makanan sayur-sayuran sahaja. Apa sebabnya? Mungkin kerana kesihatan kut? Mungkin. Atau sebab-sebab peribadi mereka sendiri? Biar lah. Saya pun bukan-nya suka jaga tepi kain orang pun. Tapi, sudah jelas peminat peminat masakan berasa and berperisa sayur sayuran sudah popular. Vegetarian Asam Pedas/Asam Pedas Sayur ini? Memang disyurkan kepada sesiapa yang vegetarian or yang juga