Thursday, August 13, 2020

Vegetarian Asam Pedas (Asam Pedas Sayur)


Masakan sayur-sayuran. Sayur sahaja. Betul tu. Sayur sahaja, dan takda, atau tanpa daging, tanpa ternakan, tanpa buruan dan tanpa ikan. Itulah resep kita hari ini. Boleh dikatakan sebagai, satu hidangan dengan sayur-sayuran and resepnya adalah Vegetarian Asam Pedas, atau Asam Pedas Sayur. Masakan sayur-sayuran, atau disebut sebagai vegetarian dishes, memang sudah ujuk berzaman-zaman dahulu dan sekarang, nampaknya, terdapat golongan yang memilih atau lebih gemar makan sayur sayur sahaja. Bukan setakat kaum India, tetapi kuam Cina, juga orang dinegara Barat dan kaum Melayu pun saya dengar berminat or memilih makanan sayur-sayuran sahaja. Apa sebabnya? Mungkin kerana kesihatan kut? Mungkin. Atau sebab-sebab peribadi mereka sendiri? Biar lah. Saya pun bukan-nya suka jaga tepi kain orang pun. Tapi, sudah jelas peminat peminat masakan berasa and berperisa sayur sayuran sudah popular. Vegetarian Asam Pedas/Asam Pedas Sayur ini? Memang disyurkan kepada sesiapa yang vegetarian or yang juga gemar makanan sayur-sayuran. Walau bagaimana pun, kalau nak juga hidangan ikan asam pedas or asam dengan ikan, inilah - Ikan Goreng Asam JawaAsam Pedas Ikan Bawal, Ikan Goreng Asam dan Assam Fish Curry

(Note: for those of you who can't read Bahasa Malaysia, please refer to the video attached right at the bottom for the recipe)

Bahan-bahan Untuk Kuah/Rempah (kisar/blend)
Cili kering (secukup rasa)
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
1 serai
½ inci Kunyit
Bahan-bahan lain (berapa banyak nak)
Tahu putih - potong
Kacang Buncis – potong
Kobis - potong
1 tomato – potong
1 daun kunyit – hiris
2 asam keping
Sedikit gula Melaka (kalau nak)
¼ cawan minyak
Garam secukup rasa
Cara Masak
Panaskan minyak
Goreng/tumis rempah sampai minyak naik.
Tuang air berapa banyak nak.
Didih.
Masukkan tomato and asam keping.
Didih.
Masukkan sayur, gula and garam.
Masak sehingga sayur lembuk.
Tutup api and taburkan daun kunyit.















Kindly Bookmark and Share it:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...