Tuesday, August 4, 2020

Ikan Goreng Asam Jawa (Tamarind Fried Fish)


Hah! Memang kegemaran saya. Saya ini? Saya lah Nava K. Saya adalah salah seorang peminat setia and suci makanan Melayu. Semua pun boleh. Budu, tempoyak, jering, petai, sambal belacan, pucuk rebung dan lain-lain lagi. Termasuk Ikan Goreng Asam Jawa yang saya kongsi hari ini. Pernah masak berbilang-bilang kali. Tapi inilah kali pertama sebagai entri blog dan video youtube pun sudah sedia untuk petikan dan tuntunan anda semua. Video memasak Ikan Goreng Asam Jawa, atau, Tamarind Fried Fish sebenarnya dalam Bahasa Tamil and Bahasa Inggeris. Kira-nya, bilingual video. Kenapa ya? Sebab saya nak memperkenangkan masakan Melayu kepada kaum India, juga orang di negara Barat dan sesiapa saja, dimana saja, yang boleh faham Bahasa Tamil and Bahasa Inggeris. Dah cukup lah tu. Cerita panjang tak payah lah kan? Jom kita masak Ikan Goreng Asam Jawa atau Tamarind Fried Fish. Jumpa lagi ya, lain kali. 

Note: Those of you who don't speak, neither can read Bahasa Malaysia, recipe awaits you at my YouTube channel, and of course video is attached below as well. 

Bahan-bahan
I ekor ikan cencaru (torpedo scud) - potong dua dan dua tepi-tepi ikan buat poket.
Air asam jawa (secukup untuk rendam ikan)
Garam secukup rasa
**rendam ikan dalam air asam jawa and garam. Boleh dibalik-balikan bila perlu.
Simpan dalam peti sejuk hingga bila nak goreng.

Untuk Cecah/Cicah Kicap (terpulang berapa banyak suka dan potong atau cincang). 
Kicap lemak manis
bawang merah 
cili merah
cili padi
daun limau purut
air sedikit 
**campuran/gaulkan semua bahan bahan ini.
Dah siap cecah kicap

Bahan-bahan lain 
Minyak (secukup untuk goreng ikan)
Cara Masak
Panaskan minyak.
Goreng ikan dua belah and hidang dengan cecah/cicah kicap.





Kindly Bookmark and Share it:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...